KOTA ISKANDAR, 7 Sept: Kerajaan Negeri mahu wakil kerajaan Johor dilibatkan dalam jawatankuasa khas perbincangan pembukaan sempadan membabitkan laluan di Tambak Johor dan LinKedua, Malaysia-Singapura.

Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad berkata, Kerajaan negeri sedar bahawa pembukaaan sempadan Johor-Singapura merupakan komponen asas dalam usaha pemulihan ekonomi negeri.

Menurutnya, pembukaan sempadan itu akan merancakkan semula sektor peruncitan dan pelanconganselain mampu menghidupkan kembali aktiviti ekonomi di Bandaraya Johor Bahru dan daerah-daerah berdekatan.

“Sehubungan dengan itu, saya amat berharap agar Kerajaan Negeri Johor dilibatkan secara langsung dalam inisiatif pembukaan laluan darat yang melibatkan Tambak Johor dan LinKedua.

“Wakil Kerajaan Negeri perludimasukkan dalam Jawatankuasa atau Sekretariat Bersama bagi menjalankaninisiatif yang amat penting bagi Johor.

“Jawatankuasa khas ini antara lain akan memperbanyakkan perbincangankomprehensif mengenai pembukaan sempadan Johor-Singapura berdasarkanperkembangan-perkembangan terbaharu pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan pada Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat Dewan Negeri Johor Yang Ke-14, di sini hari ini.

YAB Menteri Besar berkata, beberapa perkara yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara mungkin akan turut dibincangkan dalam jawatankuasa ini termasuk pergerakan rentas sempadan.

“Insya-Allah, semoga pergerakan rentas sempadan Johor-Singapura boleh diaktifkan semula dengan SOP yang lebih bersesuaian.

“Dalam keadaan pandamik yang terkawal, kita dapat laksanakan Reciprocal Green Lane (RGL), Periodic Commuting Arrangement (PCA). Kemungkinan untuk mewujudkan Daily Commuting Arrangement (DCA) ataupun ‘travel bubble’ akan turut dibincangkan menerusi Sekretarian Khas ini,” katanya. - Makmur Johor

Kongsi berita ini