Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan replika cek geran Usahawan Kecil Yayasan Sejahtera Kulai sebanyak RM500 kepada 10 usahawan di daerah Kulai.

“Saya membuka perniagaan nasi campur di Medan Selera Kulai. Sejak berlakunya pandemik COVID-19 dua tahun lalu, perniagaan saya terjejas, Alhamdulillah dengan geran yang diperoleh dapat dijadikan modal pusingan perniagaan”

Norhasniza Che Kob
Peniaga Medan Selera

“Saya menjalankan perniagaan bekam dan mengurut. Pandemik COVID-19 ini sedikit sebanyak menyebabkan perniagaan saya terjejas. Menerusi geran yang diperolehi ini saya ingin membeli peralatan bekam baharu”

Mohd Sabri Ali
Pengusaha rawatan bekam

“Saya mengusahakan warung makanan di Felda Taib Andak. Saya bersyukur kerana geran ini mampu dijadikan modal pusingan perniagaan. Terima kasih Yayasan Sejahtera Kulai dan Kerajaan Negeri Johor”

Norlili Che Cob
Peniaga warung makanan

“Terima kasih kepada Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad kerana menyampaikan geran ini. Ia dapatlah menjadi pendapatan tambahan untuk saya dan keluarga”

Mohd Asharizam Yahya
Peniaga kedai burger

“Geran ini merupakan bantuan yang sangat besar bagi saya. Saya sangat menghargainya, terima kasih kepimpinan Kerajaan Negeri Johor di bawah Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad”

Azahar Muda
Peniaga Aiskrim
Kongsi berita ini