Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyempurnakan Penyerahan Hak Milik Tapak Rumah (Tapak Ganti) Generasi Kedua Felda Inas, Khamis 11 November 2025

“Saya amat berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana usaha kami untuk menggantikan tapak sedia ada yang sebelum ini tidak sesuai untuk penempatan didengari oleh Kerajaan Negeri dan akhirnya hari ini kami dapat hak milik di atas tapak yang lebih sesuai”

Azman Abdul Samad, 46

“Saya rasa gembira dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian, Pengurusan Felda kerana telah membantu kami menyelesaikan isu tapak tanah kami ini”

Hamlie Sabie, 42

“Terima kasih YAB Menteri Besar Johor yang telah hadir sendiri untuk menyampaikan hak milik tapak tanah ini. Syukur alhamdulillah atas keprihatinan Kerajaan Negeri membantu kami menyelesaikan isu ini”

Baharudin Jamian, 44

“Tanah yang saya dapat sebelum ini memang tidak sesuai untuk bina rumah kerana terdapat paya di situ.Tapak tanah yang baharu terima ini lebih sesuai. Alhamdulillah, terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri”

Juraidah Masrani, 35

“Tapak tanah sebelum ini di kawasan berair, memang tidak boleh bina rumah. Dan sekarang saya dapat tanah yang lebih baik. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta semua pihak yang membantu sehingga kami dapat tapak tanah yang lebih sesuai untuk bina rumah”

Suria Kasim, 41
Kongsi berita ini