MERSING, 9 April: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan sumbangan semasa mengadakan lawatan ke Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, dekat sini hari ini. 

Sumbangan pertama melibatkan Bantuan Kewangan e-Kasih Johor di bawah Agenda Johor Berkebajikan bagi daerah Mersing. 

Sebagai simbolik, seramai empat penerima yang terdiri daripada penduduk Pulau Tinggi menerima wang tunai RM300 menerusi bantuan tersebut. 

 YAB Menteri Besar kemudian menyampaikan sumbangan Majlis Yayasan Makmur Mersing kepada seramai lima pelajar yang menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 dan beg sekolah. 

Selain itu, Yayasan Makmur Mersing turut menyampaikan sumbangan kurma kepada seluruh penduduk pulau. 

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Azmi Rohani; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, YB Tuan K. Raven Kumar dan Pegawai Daerah Mersing, Tuan Radzi Mohd. Amin.

Penyampaian sumbangan diteruskan dengan Geran Pembangunan Buah-buahan Jangka Panjang dan Input Program Pertanian Komuniti daripada Jabatan Pertanian Negeri Johor (JPNJ). 

Penyaluran geran sebanyak RM21,200 diberikan kepada Dato’ Haji Md. Zairi Zainal yang mengusahakan tanaman mangga harumanis di Pulau Tinggi. 

Geran turut disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi sebanyak RM1,000 menerusi program pertanian komuniti. – Makmur Johor

Kongsi berita ini