DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, sekarang bukan masa untuk bertegang urat dan bertikam lidah bagi mencari pengaruh politik atau kepentingan peribadi kerana tindakan itu akan melahirkan satu virus yang lebih berbahaya, iaitu virus perpecahan. Sebaliknya, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) harus mengetepikan segala kepentingan diri dan politik serta berganding bahu membantu rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19. Baginda bertitah sedemikian semasa merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor yang ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri hari ini.

Kongsi berita ini