#InfoMakmurJohor
| Kerja-kerja menaik taraf ini dilakukan secara menyeluruh berikutan kali terakhir hanya membabitkan kerja-kerja membaik pulih sangkar burung pada tahun 2016.

Sepanjang kerja-kerja menaik taraf ini dilakukan, sebanyak 320 hidupan membabitkan mamalia, 135 reptilia, 14 primat dan 88 unggas yang berada di Zoo Johor tidak akan dipindahkan dan dijaga seperti biasa dengan kaedah pengasingan dan pemindahan terkawal.

Zoo Johor akan beroperasi seperti biasa pada 15 November 2020 mulai jam 9 pagi hingga 4 petang. Pelawat dikehendaki keluar dari zoo pada jam 5 petang bagi tujuan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi.

#ZooJohor
#BerdiriBersamaJohor
#StandWithJohor

Poster dihasilkan oleh: Mohd Hafiedzul Ahmad

Kongsi berita ini