#PosterMakmurJohor | Terdapat lebih 200,000 permohonan diterima menerusi Bantuan Tunai dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor. Daripada jumlah itu, lebih 40,000 sahaja yang menerima bantuan tersebut.

Kekurangan data mengenai golongan sasar menjadi kekangan bagi penyaluran bantuan itu.

Kerajaan Negeri Johor akan menambah baik sistem data dan medium bagi memastikan penyaluran bantuan selepas ini dapat dilakukan dengan lebih efisien dan berkesan.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad
Sesi Town Hall Jelajah Makmur Johor di Dewan Serbaguna Segamat, 8 November 2020 (AHAD).

Poster dihasilkan oleh: Muhammad Hadzramy Lokman

Kongsi berita ini