#PosterMakmurJohor Projek Lembah Tenusu Jemaluang (JDV) dijangka siap pada Februari 2023 akan membantu mengurangkan lagi penggantungan negara terhadap produk tenusu import yang dianggarkan bernilai RM3.9 bilion pada tahun 2019.


Manakala, projek Taman Pemprosesan Ikan Endau-Mersing pula akan memberikan nafas baharu terhadap sektor perikanan Mersing yang merupakan pemacu ekonomi tradisional bagi daerah berkenaan. Projek ini dijangka siap pada Mac 2022 dan akan dibangunkan di atas tanah seluas 2.85 ekar (1.14 hektar) yang dimiliki oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Endau.

Poster dihasilkan oleh: Mohd Hafiedzul Ahmad

#StandWithJohor
#BerdayaTahanDemiKemakmuran

Kongsi berita ini