Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) Ke-68 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam (24 Mei 2021) secara sidang video.

Sebagai wakil bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, Hasni telah mengutarakan beberapa pandangan, antaranya pendekatan yang boleh diambil bagi memperkasakan kolej-kolej universiti Islam sedia ada di negeri-negeri.

Johor turut menerima baik sokongan MKI terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang berlangsung berpandukan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI Ke-10 bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Kongsi berita ini