#GaleriMakmurJohor | YAB Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad meraikan anak – anak muda sukan tinju dalam Majlis Penyerahan Insentif dan Makan Malam Persatuan Tinju Johor.

Turut hadir Pengerusi JK Pelancongan, Belia dan Sukan, YB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Dato’ Hj Mohd Norazam bin Dato’ Haji Osman, Pengarah MSN Johor, Tuan Mohd Gadaffie bin Abd Aziz dan Presiden Persatuan Tinju Johor, Saudara Muhammad Farkhan Mohd Haron.

Menerusi ucapan beliau pada malam itu, kerajaan negeri amat mengalu-alukan idea daripada Orang Muda Johor memandangkan dalam era sekarang idea golongan belia perlu diberikan perhatian memandangkan era di mana kerajaan tahu segala-galanya telah berlalu. Beliau turut menyeru agar setiap pertubuhan atau persatuan belia dapat berkongsi data bersama pihak kerajaan supaya mudah untuk merancang bantuan bersesuaian untuk golongan belia ini.

#MakmurJohor #BerdayaTahanDemiKemakmuran

YAB Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyampaikan insentif kepada Presiden Persatuan Tinju Johor, Muhammad Farkhan Mohd Haron.
YAB Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad beramah mesra bersama atlet tinju pada Majlis Penyerahan Insentif dan Makan Malam Persatuan Tinju Johor.
Kongsi berita ini