#InfoMakmurJohor | Kerajaan Persekutuan mengajak golongan wanita untuk mendapatkan pemeriksaan PERCUMA untuk Saringan Kanser Payudara (Ujian Mamogram) dan Saringan Kanser Pangkal Rahim/Serviks (HPV DNA).

Bagi ujian Mamogram, ia terbuka kepada semua wanita yang berumur 40 hingga 70 tahun dan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000.

Bagi ujian HPV DNA, juga terbuka kepada semua wanita berumur 35 hingga 65 tahun, kumpulan B40 dan M40 yang sudah berkahwin dan pernah berkahwin.

Semua wanita yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini, boleh menghubungi semua Klinik Nur Sejahtera LPPKN Negeri Johor sebagaimana yang dipaparkan dalam infografik.

War-warkan supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan untuk jalani pemeriksaan, masih belum terlambat.

SUMBER: KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Kongsi berita ini