Daerah Kota Tinggi mula ditenggelami air banjir sejak sabtu lalu, apabila air Sungai Johor mula melimpah. Hampir semua premis perniagaan, termasuk bank ditutup berikutan air mula naik sedalam hampir 1.5 meter di hadapan Jambatan Kota Tinggi di Jalan Tun Habab.

Jalan-jalan utama di pusat bandar turut dinaiki air, termasuk di hadapan Bangunan JKR Kota Tinggi menyebabkan polis menutup semua laluan berkenaan kepada semua jenis kenderaan.

Antara tiga (3) jalan di daerah ini terputus adalah Jalan Kota Tinggi-Mersing berdekatan Kubu Risda, Jalan Kota Tinggi-Kluang di Bandar Kota-Jalan Tun Habab dan Jalan Lok Heng-Mawai-Sungai Mas berdekatan Jambatan Sungai Semalok.

Bandar Kota Tinggi yang ditenggelami air sejak semalam – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Seorang penunggang basikal cuba meredah air banjir di hadapan Plaza Kota Tinggi – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Premis perniagaan terpaksa ditutup berikutan air naik sedalam 1.5 meter – Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Keadaan semasa kejadian banjir di Kota Tinggi – Foto Muhammad Razif Razali/MEDKOM
Kongsi berita ini