Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) di Kota Iskandar secara sidang video.

Mesyuarat yang diadakan secara berkala dua minggu sekali itu, antaranya membincangkan tentang Pelan Pemulihan Negara bagi Negeri Johor dan persediaan kita untuk beralih ke fasa dua.

Kerajaan Negeri akan melipatgandakan hebahan dan promosi bagi meningkatkan kesedaran orang ramai supaya terus kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menjaga keselamatan diri.

Kongsi berita ini