Menjunjung Kasih diatas keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Johor yang telah menitahkan supaya para belia Johor melalui Southern Volunteers untuk membantu kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat Johor yang terkesan secepat mungkin.

Alhamdulillah hari ini saya bersama Pegawai Daerah Kulai , Tuan Hj Zainor b Adani dan YDP Majlis Perbandaran Kulai, Tuan Hj Natazha Hariss serta sukarelawan Southern Volunteers Kulai membantu pengagihan bakul makanan bagi daerah Kulai.

Pada masa sama, seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Johor Dato Hasni Mohammad, InsyaAllah Pusat Gobok Rezeki akan dibuat disetiap daerah dan mukim termasuk daerah Kulai bagi mereka yang memerlukan bantuan.

Saya juga sempat bersama sukarelawan yang terlibat membantu rakyat membuat Pendaftaran Vaksin. Tahniah daerah Kulai yang telah membuat pendaftaran terbanyak setakat ini. Saya percaya dengan muafakat Kepimpinan Negeri, Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Yang Dipertua, Penghulu, Ketua Kampung, ahli majlis, belia Johor dan NGO kita mampu membantu rakyat secara lebih efektif dan berkesan.

Terima Kasih juga kepada ikon-ikon belia seperti Shahrol Azizie Azmi dan Ustaz Tido yang sudi bersama mengerakkan SV.

Sama-samalah kita terus menggembeleng tenaga dan kudrat untuk membantu golongan yang sangat memerlukan bantuan pada waktu ini.

Allah Peliharakan Sultan

Facebook Onn Hafiz

Kongsi berita ini