KOTA ISKANDAR, 10 Januari: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM2,124,644.48 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), di sini hari ini.

Pada majlis ringkas itu, TNB turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM250,000 untuk Tabung Bencana Negeri Johor.

Sumbangan zakat perniagaan dan sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Dato’ Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad.

Pada majlis tersebut, akad zakat perniagaan dibaca oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Haji Tosrin Jarvanthi.

Sebelum majlis penyerahan zakat dan sumbangan, Dato’ Seri Mahdzir mengadakan pertemuan ringkas dengan YAB Menteri Besar sebelum makan tengah hari di Pejabat Menteri Besar Johor, di sini.  – Makmur Johor

Kongsi berita ini