KOTA ISKANDAR, 19 September: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad meraikan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican pada satu majlis minum petang sempena Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Ke-20, di sini hari ini.

Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri Johor; YB Dato’ Haji A.Rahim Nin; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor; YB Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M. Noor Azman Taib; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma XX Johor 2020; On Jabbar@Ja’afar; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Ahmad Faedzal Md. Ramli dan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Dato’ Mohd. Nazifuddin Dato’ Sri Mohd. Najib.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia Sukma XX Johor 2020 hari ini telah memutuskan bahawa penganjuran temasya tersebut akan dilangsungkan pada bulan Mac bagi Para Sukma, manakala Sukma XX pada April 2021.

Para Sukma akan dikelolakan terlebih dahulu, iaitu pada 8 hingga 13 Mac dan Sukma  XX Johor 2020 mulai 2 hingga 10 April 2021

Penganjuran Sukma XX Johor 2020 pasti akan menjadi sejarah dan penanda aras dalam penganjuran temasya itu di negara ini kerana pertama kali diadakan dalam normal baharu ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.- Makmur Johor

Kongsi berita ini