SEGAMAT, 8 November: Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Johor mengadakan lawatan rasmi ke daerah Segamat hari ini. 

Lawatan dimulakan ke Pejabat Majlis Daerah Segamat untuk mengetahui secara lebih dekat perkembangan terbaharu di pihak berkuasa tempatan itu. 

Beliau kemudiannya menghadiri sesi Town Hall Jelajah Makmur Johor sebelum mendengar taklimat berkaitan perkembangan daerah daripada Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Nasri Md. Ali. 

Pada sebelah petang, beliau dan rombongan melawat ladang Agro Mixed Farm.

Ladang tersebut merupakan hasil kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pertanian Negeri Johor. 

Agro Mixed Farm mengusahakan pelbagai tanaman termasuk cili, nanas, durian dan penternakan ayam dan lembu pedaging. 

Beliau kemudiannya ke Pusat Jualan Agrovet, Pusat Pengumpulan dan Lelongan Ternakan di Jalan Genuang.

Pusat tersebut menjadi tempat pengumpulan bagi produk-produk usahawan di sekitar daerah Segamat.  – Makmur Johor.

Kongsi berita ini