SEGAMAT, 8 November: Kerajaan Negeri Johor akan memperkasakan infrastruktur komunikasi di daerah Segamat seperti yang dirangka menerusi Majlis Digital Johor. 

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata, beliau difahamkan capaian internet dan telekomunikasi masih berada pada tahap yang tidak memuaskan. 

“Capaian internet penting dalam usaha menggerakkan sektor ekonomi khususnya di Segamat yang diharapkan mampu menjadi hab pertanian. 

“Justeru, Kerajaan Negeri Johor menerusi Majlis Digital telah merangka pelan yang terbaik dalam memperkasakan usaha pendigitalan di daerah ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sesi Town Hall Jelajah Makmur Johor di Dewan Serbaguna Segamat, di sini, hari ini. 

Terdahulu, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Nasri Md. Ali mengenai pelan pembangunan di daerah Segamat.  – Makmur Johor

Kongsi berita ini