Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan Kunci Rumah Mampu Biaya Johor Taman Bandar Putera Indah dan Taman Mutiara Perdana di Dataran Pejabat Daerah Batu Pahat, Johor.

“Saya sangat bersyukur kerana memperolehi Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) ini, setelah sekian lama saya dan keluarga mengimpikan rumah sendiri. Akhirnya hasrat saya, isteri bersama anak-anak tercapai. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, khususnya YAB Menteri Besar Johor”

Fauzi Abu Bakar
Pesara tentera
Penerima RMBJ Daerah Batu Pahat

“Saya telah lama mengimpikan rumah idaman, bagaimanapun harga pasaran rumah kini agak  tinggi. Bagaimanapun, alhamdulillah, niat tercapai apabila saya berjaya memiliki RMBJ yang sememangnya berpatutan. Saya berharap Kerajaan Negeri Johor memperbanyakkan lagi RMBJ pada masa akan datang dalam usaha membantu golongan muda memiliki rumah”

Siti Farahana Othman
Pekerja swasta
Penerima RMBJ Daerah Batu Pahat

“Hari ini saya menerima Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) Jenis C yang terletak di Taman Bandar Putera Indah. Keadaan rumah yang baik dengan harga yang sangat berpatutan sesuai dengan pendapatan saya. Terima kasih Kerajaan Negeri Johor” 

Sally Lim
Pekerja Pasar raya
Penerima RMBJ Daerah Batu Pahat

“Rumah ini merupakan rumah pertama bagi saya dan keluarga. Saya amat menghargai inisiatif yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri Johor menerusi Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) ini. Jika tidak kerana RMBJ ini, saya tidak tahu sampai bila saya mampu untuk memiliki rumah sendiri”

Aizuddin Hafifi, 33
Kakitangan awam
Penerima RMBJ Daerah Batu Pahat

 “Setelah sekian lama menyewa, akhirnya saya berjaya memiliki rumah sendiri, saya tidak sangka dapat memiliki rumah yang selesa untuk saya dan keluarga untuk membina kehidupan. Terima kasih Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor”

Muhd. Afiq Hafizuddin
Pekerja swasta
Penerima RMBJ Daerah Batu Pahat
Kongsi berita ini