Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menyampaikan Bantuan Geran Orang Lokal (GOL) kepada dua pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Dataran Pejabat Daerah Batu Pahat, Batu Pahat Johor.
“Pada hari ini, saya memperoleh RM4,500 menerusi Geran Orang Lokal (GOL). Geran yang diperolehi digunakan untuk menambah baik mesin dan peralatan di bengkel yang diusahakan di Parit Raja. Terima kasih Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB) khususnya Kerajaan Negeri Johor”
Mohd. Fadli Sulaiman,
Pemilik Bengkel Fadli Moto Family Enterprise
“Saya mengusahakan bengkel sulaman, Alhamdulillah, perniagaan saya ini mendapat bantuan daripada Perbadanan Usahawan Negeri Johor (PUJB) menerusi Geran Orang Lokal (GOL) dengan bantuan sebanyak RM8,499. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor atas bantuan yang disalurkan”
Nurul Khafidza Kohari,
Pemilik NKJ Legacy (My Sulaman)




