KUALA LUMPUR: Wabak coronavirus yang kali pertama dikesan di Wuhan, China hingga angka kematian dikhuatiri meningkat kepada 25 orang, turut menjejaskan industri perfileman di negara itu.

Wabak yang menular ke Beijing, Shanghai dan Guangdong itu menyebabkan tayangan tujuh filem besar sempena sambutan Tahun Baharu Cina, esok, terpaksa ditangguhkan bagi mengelak wabak berkenaan terus tersebar, lapor portal Variety.Tujuh filem yang sepatutnya ditayangkan hujung minggu ini dengan sasaran kutipan lebih RM4 bilion itu adalah Leap, The Rescue, Lost In Russia, Detective Chinatown 3, Vanguar, Boonie Bears : The Wild Life dan Jiang Ziya: Legend of Deification.

Pengumuman mengenai pembatalan tayangan filem itu dibuat syarikat produksi menerusi akaun media sosial mereka, Weibo. Semua syarikat produksi yang sepakat membanteras wabak coronavirus daripada terus menular, memohon maaf kepada pawagam atas pembatalan itu.

Kongsi berita ini