Rangkaian liputan Bas Rapid Transit Iskandar Malaysia (IMBRT) dijangka mula beroperasi pada 2023.

Kerajaan negeri yakin IMBRT dapat meningkatkan lagi penggunaan pengangkutan awam di negeri ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad berkata, ini kerana IMBRT akan menjalani ujian rintis selama tiga bulan, bermula 8 April 2021 mempunyai kelebihan dari segi ketepatan jadual perjalanan, keselamatan dan keselesaan, selain menggunakan teknologi hijau dan sistem tiket yang praktikal.

Ketetapan kadar tambang untuk menggunakan perkhidmatan IMBRT juga tidak berdasarkan kepada kos operasi.

Sistem IMBRT menghubungkan 55 laluan perantara dan 44 laluan terus dan ia meliputi jajaran sepanjang 2,051 kilometer, iaitu kira-kira 90 peratus dari kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.

Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM

Kongsi berita ini