Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri, Mohd Izhar Ahmad meluangkan masa melakukan kunjungan ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Johor Bahru yang kini beroperasi sebagai pusat sementara bagi penghasilan dan penyediaan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk para petugas barisan hadapan.

Para petugas di pusat ini adalah terdiri daripada kakitangan kolej dan para sukarelawan/srikandi yang menyumbangkan tenaga dan kemahiran masing-masing dalam usaha menghasil PPE untuk ‘melindungi’ dan kegunaan petugas barisan hadapan ‘frontliner’.

Ironinya kesemua sukarelawan ini tidak pernah bersua muka sebelum ini, namun atas semangat solidariti dan iltizam dalam membantu negara ‘melawan’ pandemik Covid 19 mereka sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa mengharapkan balasan atau bayaran. 60 orang sukarelawan ini bertugas bergilir-gilir mengikut syif.

Setinggi dan tahniah diucapkan kepada para sukarelawan yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menzahirkan keprihatinan mereka terhadap situasi semasa yang berlaku selain berjaya menyumbang tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia berdedikasi.

Kongsi berita ini