Kurniaan barangan keperluan makanan daripada DYMM Sultan Johor terus disampaikan kepada golongan memerlukan.

Pada hari ini (31 Mac), sebanyak 300 kotak barangan keperluan makanan disampaikan kepada penduduk Mukim Sri Medan, Batu Pahat.

Ketua Kampung Parit Jayus, Mokhtar Daud, 56, melahirkan perasaan syukur di atas bantuan diberikan kepada penduduk kampung.

“Sudah beberapa kali kami menerima bantuan daripada DYMM Sultan Johor termasuk ketika bencana banjir yang melanda kampung kami, saya amat bersyukur mempunyai seorang sultan yang tidak pernah jemu membantu rakyatnya,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Penerima bantuan, Siti Latifah Omar, 30, turut terharu menerima kurniaan bantuan daripada DYMM Sultan Johor.

“Saya tidak menyangka akan menerima bantuan daripada DYMM Sultan Johor, patik menjunjung kasih Tuanku,” katanya.

Bantuan disampaikan Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong kepada wakil Pegawai Daerah, Mohamad Izzuddin Ibrahim dengan kerjasama Penghulu Mukim Sri Medan dan Ketua-Ketua Kampung.

SUMBER: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi berita ini