JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad menghadiri solat jenazah Allahyarham Darwis Salleh, 57, di Masjid Jalan Layang, Taman Perling, di sini tengah hari tadi.

Allahyarham Darwis yang merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Pekan Nanas Timur meninggal dunia di rumahnya di Taman Perling, di sini awal pagi tadi akibat komplikasi jantung.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan selepas solat Zuhur dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Kampung Batu 26, Pekan Nanas, Pontian untuk disemadikan.

Allahyarham merupakan abang kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh.

Sebelum berkecimpung dalam bidang politik, Allahyarham merupakan juru perunding dan pengurus syarikat tempatan dan asing.

Allahyarham juga pernah menjadi pembantu khas kepada Exco Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor (1986- 1990). – Makmur Johor

Kongsi berita ini