JOHOR BAHRU, 27 April: Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad meraikan ketua-ketua kampung negeri ini dalam majlis berbuka puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, di sini semalam.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Azmi Rohani; Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato’ Salehuddin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Tuan Haji Ayub Jamil dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd. Solihan Badri.

Selain menyertai tahlil, berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah, YAB Menteri Besar turut meluangkan masa beramah mesra dengan para tetamu.

Majlis berbuka puasa dengan pelbagai golongan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor merupakan  acara tradisi yang dianjurkan setiap tahun sebagai menghayati bulan Ramadan. - Makmur Johor

Kongsi berita ini