Oleh Siti Inarah Izazi Abd. Mutalib
KOTA ISKANDAR, 31 Mac: Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menerima sebanyak 112 unit komputer sumbangan syarikat HP Malaysia, hari ini.
Komputer tersebut yang akan digunakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor di 56 pusat vaksin di seluruh negeri ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat HP Malaysia.
Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Program Rantaian Bekalan Strategik HP Malaysia, En. Hilmi Mohd. Napiah dan Pengurus Kanan HP Singapura, En. Steven Chiam dalam satu majlis ringkas di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini.
Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Tuan R. Vidyananthan; Timbalan Setiausaha Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd. Noh Ibrahim; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, YB Dato’ Dr. Aman Rabu dan Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Johor, En. Tarimizi Dan. - Makmur Johor
-
Dato’ Hasni Mohammad bergambar selepas menerima 112 set komputer untuk diserah kepada Pusat Vaksin Negeri Johor. - Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
-
Dato’ Hasni Mohammad melihat salah sebuah komputer yang akan di serahkan ke Pusat Vaksin Negeri Johor. - Foto Muhammad Aidil Hussain/ MEDKOM
