PASIR GUDANG, 12 Disember: Dato’ Asman Shah Abd. Rahman hari ini mengangkat sebagai Datuk Bandar Pasir Gudang yang pertama.
Pelantikan itu dibuat selepas Majlis Perbandaran Pasir Gudang diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, 9 Disember lalu.
Majlis angkat sumpah tersebut disaksikan YAB Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini hari ini.
-
Hasni Mohammad memakaikan pakaian istiadat kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Yang Berhormat Dato’ Asman Shah Bin Abd semasa menghadiri Majlis Angkat Sumpah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang pertama di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang, di sini hari ini. - Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
-
Hasni Mohammad bergambar bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang pertama, Yang Berhormat Dato’ Asman Shah Bin Abd. Rahman Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang, di sini hari ini. Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani serta Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Ayub Jamil. - Foto Muhammad Razif Razali/ MEDKOM
Dato’ Asman Shah, 55, mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Johor (JCS) pada tahun 1995 sebagai Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN).
Beliau turut pernah berkhidmat sebagai Pengurus Besar J-BIOTECH, Pengarah Tourism Johor, Ketua Pegawai Eksekutif J-BIOTECH dan Pegawai Daerah Mersing.
Beliau memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Universiti Malaya) dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Undang-Undang (Univrsiti Chiba, Jepun).
Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Dato’ Haji Azmi Rohani dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Tuan Haji Ayub Jamil.
MBPG ialah PBT ketiga di Johor yang diisytiharkan menjadi bandar raya selain Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 1994 dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) pada 2017. - Makmur Johor



