Penyerahan bantuan Geran Orang Lokal (GOL) dan Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES) sempena lawatan kerja YAB Menteri Besar ke daerah Tangkak pada 7 November 2021, Ahad.

“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) kerana prihatin terhadap kesukaran usahawan seperti saya untuk bangkit selepas pandemik COVID-19”.
Basyirah Aminan
Pengusaha Bengkel Kecantikan Kereta
“Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kepimpinan Kerajaan Negeri kerana bantuan ini amat membantu peniaga-peniaga kecil seperti kami mengembangkan perniagaan”
Baharin Pariat
Pengusaha Pasar Mini
“Saya menerima bantuan mesin melalui program ini. Alhamdulillah, dengan bantuan ini akan melancarkan perniagaan saya. Terima kasih PUJB dan Kerajaan Negeri”
Sarizam Sahri
Pengusaha Kedai Percetakan
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah dalam keadaan kami cuba bangkit selepas pandemik COVID-19 ini, bantuan seperti ini sangat bermakna bagi kami.Terima kasih Kerajaan Negeri”
Norazzeme Amat
Pemilik Syarikat Audiovisual
“Saya betul-betul bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas bantuan ini. Jika difikirkan memang tidak mampu untuk membeli mesin ini kerana terlalu mahal bagi usahawan kecil seperti saya”
Siti Norbaya Hamran
Pengusaha Jahitan
“Terima kasih Kerajaan Negeri dan PUJB untuk bantuan ini. Alhamdulillah, ia akan saya gunakan sebaiknya bagi mengembangkan perusahaan ternakan ini”
Mohd. Saiful Hafiz Salim
Penternak Arnab








