Kerajaan Negeri Johor menjunjung tinggi titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menekankan mengenai kebajikan rakyat dan pembangunan ekonomi yang terjejas ekoran wabak COVID-19.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Mohammad berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor yang Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar semalam.

Kongsi berita ini