Seramai 101 orang Pemaju Masyarakat dan sukarelawan KEMAS Negeri Johor telah terlibat bagi penyediaan peralatan tersebut sejak dari 28 Mac 2020. Terdapat 8 buah Bengkel dan Kelas Kemahiran Jahitan KEMAS yang telah terlibat dengan projek ini daripada 77 bengkel seluruh Negeri Johor. Antara bengkel yang terlibat ialah:

1. Bengkel Jahitan KEMAS Kampong Melayu Majidee Johor Bahru – 19 Sukarelawan

2. Bengkel Jahitan KEMAS D’Anggun . Kota Kecil, Kota Tinggi – 17 Sukarelawan

3. Kelas Jahitan KEMAS PKM Sri Gading, Batu Pahat – 23 Sukarelawan

4. Bengkel Jahitan KEMAS PKM Tangkak, – 8 Sukarelawan

5. Kelas Jahitan KEMAS Muar – 10 Sukarelawan

6. Bengkel Jahitan KEMAS Taman Kluang Barat,Kluang -10 Sukarelawan

7. Unit Pengeluaran Benut, Pontian – 10 Sukarelawan

8. Kelas Jahitan KEMAS, Kulai – 4 Sukarelawan

Sehingga 16 April 2020, KEMAS telah Berjaya menyiapkan Personel Protective Equipment (PPE) yang melibatkan Gown sebanyak , Shoe Cover, Hood dan Head Cover. Jumlah keseluruhan PPE yang telah di serahkan kepada KKM ialah sebanyak 2,254 pasang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Puan Zaiton Ismail telah membuat tinjauan di Bengkel Jahitan KEMAS Kampung Melayu Majidee Johor Bahru pada hari Khamis, 16 April yang lalu.

Kongsi berita ini