Sebanyak 62 pasang cermin mata percuma diserahkan kepada murid sekolah pelbagai agama dan bangsa dari daerah Johor Bahru pada hari ini (4 Mei).

Bantuan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Season Optical adalah inisiatif DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk membantu 2,500 murid sekolah yang mengalami masalah penglihatan dari kategori Keluarga B40 di seluruh Johor.

Serahan dilakukan oleh Ketua Pegawai Operasi Season Optical, Daniel Lor dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh diiringi Pegawai Eksekutif YSIJ, Shah Reza Md Kanafe kepada wakil guru.

Menurut Daniel Lor, bingkai dan cermin yang digunakan amat berkualiti dan tahan lasak, sesuai untuk murid-murid melakukan aktivi tanpa perlu bimbang ia akan patah atau rosak.

“Cermin yang digunakan juga sesuai untuk murid yang sering melihat skrin telefon atau komputer semasa pembelajaran dalam talian” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

Nurizah Mohamed Daris wakil guru Sekolah Kebangsaan Perempuan Sultan Ibrahim amat menghargai bantuan cermin mata yang disampaikan kepada murid sekolah.

“Dengan kurniaan cermin mata ini semoga ia dapat membantu murid saya lebih fokus semasa sesi pembelajaran” katanya.

Serahan bantuan cermin mata ini akan dilakukan secara berperingkat di seluruh daerah, dengan mengambil masa tempoh setahun.

SUMBER: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi berita ini