Sebanyak 191 sekolah sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Senai, Pontian dan Kota Tinggi menerima sumbangan bekalan alat tulis daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada hari ini (4 Mei).

Seramai 5,000 pelajar berbilang agama akan mendapat manfaat daripada sumbangan berkenaan.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Pemegang Amanah YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh Harjit Singh serta Yang Berhormat Mejar Cina Dato’ David Wong kepada para guru besar dan wakil-wakil sekolah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Md Shukri Sultani mengucapkan ribuan terima kasih kepada DYMM Sultan Johor di atas sumbangan peralatan tulis untuk kegunaan murid dan pelajar sekolah.

“Anak-anak murid saya mesti teruja mendapat alat-alat tulis yang berwarna-warni ini.

Saya akan memesan kepada mereka untuk menggunakan kurniaan Tuanku Sultan Johor dengan sebaik-baiknya,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).

SUMBER: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi berita ini