JOHOR BAHRU, 22 Julai: Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad mengadakan tinjauan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Taman Nusantara, Gelang Patah, di sini hari ini.

Dalam tinjauan tersebut, YAB Menteri Besar diberi taklimat oleh pihak penyelaras PPV berkaitan perkembangan pemberian vaksin dalam kalangan penduduk di sekitar Gelang Patah, khususnya di Taman Nusantara.

Beliau turut mengambil kesempatan bertanya khabar kepada orang ramai yang hadir mendapatkan suntikan vaksin di PPV tersebut.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Tuan Vidyananthan a/l Ramanadhan; Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman Rabu dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, En. Mohd Tarmizi Dan.

PPV Dewan Serbaguna MBIP Gelang Patah yang mula beroperasi pada Ahad lalu mampu memberikan suntikan vaksin sebanyak 1,500 dos sehari.

PPV tersebut diwujudkan atas kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta, iaitu Kementerian Kesihatan dan Hospital Gleneagles Medini Johor.

Sukarelawan daripada Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) turut membantu melancarkan proses pemberian vaksin di PPV tersebut. – Makmur Johor

Kongsi berita ini