Oleh NUR WANI NADHIRAH MOHAMMAD SHOFIAN SHAH

ISKANDAR PUTERI, 30 April – Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad menghadiri Majlis Iftar anjuran Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd., (KPRJ) di Fraser Place, di sini semalam.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 daripada KPRJ  kepada tiga pertubuhan kebajikan.

Pertubuhan berkenaan ialah Pusat Jagaan Kasih Setanggi, Rumah Anak Yatim Shafar dan Rumah Perlindungan Baitus Solehah.

Majlis berkenaan turut diisi dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Pentafsir di Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi. Ustaz Esby Islami Rafai.

Selepas berbuka puasa, YAB Menteri Besar dan tetamu menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Dato’ Haji Mohd. Noorazam Dato’ Haji Osman. – Makmur Johor

Kongsi berita ini