BENUT, 16 April: Menteri Besar, YAB Dato’ Haji Hasni Mohammad hari ini menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama-sama penggerak masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, di Masjid Jamek Al-Abrar Kampung Parit Archong, di sini.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 10 wakil penggerak masjid dan surau di kawasan DUN berkenaan.

Majlis turut diisi dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Imam Masjid Jamek Al-Abrar, Tuan Haji Abdullah Bedu.

Selepas berbuka, YAB Menteri Besar turut menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan.- Makmur Johor.

Kongsi berita ini